Khasiat Buah Letup/Cape Gooseberry



Buah letup atau cape gooseberry ialah sebuah tumbuhan berbunga genus dalam famili nightshade (Solanaceae). Pokok ini merupakan tumbuhan herba yang tumbuh 0.4–3 m tinggi, serupa dengan tomato biasa dengan batang yang lebih tegar dan tegak. Kebanyakannya memerlukan matahari penuh dan suhu hangat hingga panas.

Pokok ini tumbuh dalam kebanyakan jenis tanah dan dapat tumbuh elok dalam tanah tidak subur dan pasu. 

Ia memerlukan banyak air semasa tahun pertumbuhan, hingga mencapai waktu buah masak. 


 
Khasiat Buah Letup/Cape Gooseberry

Meningkatkan tubuh badan yang sihat: Ia mengandungi vitamin C yang meningkatkan imuniti sistem badan.

Kanser paru-paru: Kandungannya iaitu polifenol dan karotenoid merupakan penawar kanser paru-paru seperti yang ditunjukkan oleh kajian penyelidikan baru ini. 

Anti-Radang:Kandungannya iaitu polifenol dan anti-oksidan, ia banyak digunakan dalam perubatan moden mengubati penyakit asma, anti-septik, anti-helmenthic, anti-radang dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan perut.

Kawalan darah tinggi: Pemakanan buah ini juga boleh mengawal tekanan darah yang tinggi kerana kandungannya iaitu polifenol dan karotenoid dan kalium, yang bertindak merendahkan tekanan darah dan jugak mengurangkan kolesterol dalam darah.

Penglihatan yang lebih baik: Ia kaya dengan vitamin A. Vitamin A yang baik untuk mata, pencegah katarak.

Organ hati yang sihat: Ia boleh mengawal tahap kolesterol dalam baik untuk organ hati.

Menguatkan tulang: Ia mempunyai pektin yang membantu tulang dalam penyerapan fosforus itu baik dan merawat penyakit sakit sendi.

Masalah Saraf: Pencegahan penyakit yang berkaitan dengan saraf.

Aterosklerosis: Jus buah-buahan yang mengandungi phyto-kimia yang baik untuk jantung.

Kesan-kesan sampingan: Buah yang belum masak tidak boleh dimakan kerana ia mengandungi alkaloid beracun, yang boleh menyebabkan alahan.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Pokok Kelor atau nama lain merunggai

Khasiat Daun Durian Belanda

Khasiat biji dan daun Halba (Fenugreek)